Hilang dari dunia blogging selama 5 tahun, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Macam sayalh contohnya, mula blogging dengan penuh keazaman dan iltizam yang membara dalam diri mahu menjadi penulis blog yang setia dan berjaya, itu 5 tahun lepas.
Walaubagaimanapun saya ingin membuat "come back" dengan wajah baru dan cita-cita yang baru. Dengan ini saya ingin memperkenalkan penjenamaan semula, "Abang Tong".
Abang Tong merupakan satu "trademark" yang mula dicipta selepas beberapa idea yang lain (Periodic Art dan 47 Design) kurang memuaskan. Walaupun begitu 2 jenama yang saya cipta sebelum ini akan saya gunakan pada benda lain.
Buat masa ini saya akan membawa nama Abang Tong sebagai "mothership" kepada segala aktiviti, perusahaan atau sebarang perkara yang akan melibatkan "profit gaining". Pada masa ini saya sedang merangka pelan kerja dan latihan untuk diri khasnya, dan sedang cuba mendapatkan sebarang peralatan dan kemudahan sebelum melangkah ke dunia "Enterpreuship" bagi mencari solusi kepada kesempitan hidup diri ini dan keluarga.
Umur sudah hampir menjangkau 30 tahun, dan masih belum mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil, dan juga belum berumahtangga. Saya akan mensasarkan tahun 2016 ini sebagai titik permulaan untuk "reconstruct" semula hidup. Menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari 6 tahun lepas untuk mencipta peluang kejayaan yang nampaknya semakin hampir di depan mata.
This is my first step towards excellent! Nothing will stop me, even a big wall, I will climb it, a big wave, I will crush it! or Even a million of hand stopping me, I will handle them with ease and calm.
sebelum terlupa saya akan menggunakan ayat di bawah sebagai "tagline" untuk aktiviti rekabentuk dan apa jua hasil seni yang akan saya hasilkan kelak.
"Admire the beauty of creation with the art of manipulation"